Berserah bukan bermaksud ku mengalah,
Tetapi hanya mengaut segenggam tabah,
Menangis bukan bermaksud ku lemah ,
Tetapi hanya membalut hati yang patah,
Terdiam bukan bermaksud ku pendam,
Tetapi hanya untuk mengelakkan dendam,
Tertunduk bukan bermaksud ku mundur,
Tetapi hanya bertafakur memikir jalan yang harus ku atur,
Berjalan mahupun berlari ku pasti tersungkur,
Namun takkan ku rebah,
kerana...
setelah gerimis pasti muncul pelangi-Mu nan indah.
SubhanAllah..:)